Saturday, September 4, 2010

Cornflake Chocolate

Okay this is super senang.
Ingredients senang, buat pun senang.
Tak payah masuk oven some more!
This is my brother's favourite.




Apa yang anda perlu:
-Cornflakes.
-Cooking chocolate.
-Raisins/Badam yang telah digoreng atau dibakar.

Sukatan : secukup rasa. hihi :P

Sebabnya I bedal je sukatan nye. Satu cooking chocolate boleh la dapat untuk 60 cups.

1. Cairkan chocolate.
2. Gaulkan cornflakes + raisin/almond. (nak bubuh dua2 pun boleh.)
3. Masukkan chocolate yang dah dicairkan dalam bowl cornflakes+raisin.
4. Gaul sampai sebati, tapi kena hati-hati jangan sampai cornflakes jadi serbuk :P
5. Masukkan dalam cup, dan biarkan adunan keras.
6. Simpan dalam balang.

Senang kan? Plus sedap lak tu :)

Friday, September 3, 2010

Choc Chip Cookies #2

Mood raya!

Haritu buat cookies menjadi, so ni second attempt. Tapi rasenye aritu punye lagi sedap :P
Tapi takpe, ni pun still sedap. dapat la dua balang. Masa ni tak penuh lagi sebab tunggu last trip.
Al maklumlah oven kecik :P

Resipi masih ikut resipi lame ye [link]


Nanti nak upload biskut raya yang super senang :)

Wednesday, August 18, 2010

Chocolate Brownies

Brownies in the making. Before baking.


After.


Its not well done, but it taste good. Maybe a bit sweet, next time I have to cut the amount of sugar.


Recipe? I'll share the recipe after I manage to bake a perfect brownies ya!

Sunday, July 4, 2010

Kek Batik II

Resipi sama macam sebelum2 ni [link].
Tapi kali ni terbeli biskut marie kopi pulak :P
Mama kata sedap jugak ada rasa kopi. Hihi.

Kek batik walaupun comot tetap kegemaran.





Siap jadi bekalan time dating :)
Bf lapar makan satu tupperware sekelip mata sahaja.

Wednesday, June 23, 2010

Kerabu kerang


Bahan-Bahan:

  • 1 labu bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • Sebiji cili merah
  • Sebatang bunga kantan
  • 4 batang serai
  • Sedikit daun kesum
  • Sebiji tomato dipotong dadu
  • 3 biji limau nipis
  • Seikat kacang panjang
  • Gula
  • Sepaket kerisik
  • Semangkuk kerang yang telah direbus

Cara:
1. Potong ulam-ulaman halus-halus dan gaul rata.
2. Tambah gula dan perah limau nipis.
3. Masukkan kerisik.
4. Masukkan kerang yang telah direbus dan gaul rata.
5. Hidang.

Tuesday, June 22, 2010

Petola masak air


Ada suatu hari Mama kurang sihat jadi saya jadi chef bidang terjun.
Mama kata buat petola masak air.

Mujur dapat menu senang dan abah kata OK :)

Bahan-Bahan:

  • Sebiji petola
  • Selabu bawang besar
  • Sos tiram
  • Segelas air

Cara:
1. Tumis bawang.
2. Masukkan petola yang telah dipotong kecil2.
3. Masukkan sedikit air.
4. Sedikit garam dan sos tiram untuk perasa.
5. Tunggu sehingga petola lembut.
6. Boleh dihidang dengan nasi panas.

Simple bukan?
:)

Tuesday, May 25, 2010

Cekodok pisang


Petang-petang makan cekodok pisang memang terbaek. Mudah dan sedap. Memang favourite saya ni. Kalau beli kat kedai mesti kurang rase pisang, terlebih tepung.

Semalam kebetulan ada 5 biji pisang yang dah lebam so apa lagi..

Bahan-Bahan:

  • tepung naik sendiri
  • pisang yang dah lebam-lebam :P
  • gula

Cara:
1. Lenyek pisang sampai hancur bersama-sama gula.
2. Masuk kan tepung dan gaul hingga sebati. Tepung tu tengok la kuantiti pisang, bagi adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
3. Goreng dan siap!

:D