Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Kek Batik II

Resipi sama macam sebelum2 ni [link].
Tapi kali ni terbeli biskut marie kopi pulak :P
Mama kata sedap jugak ada rasa kopi. Hihi.

Kek batik walaupun comot tetap kegemaran.





Siap jadi bekalan time dating :)
Bf lapar makan satu tupperware sekelip mata sahaja.

Wednesday, October 28, 2009

Kek Batik

Favourite kami. Sedap, mudah, tak perlukan oven! :)

.

Bahan-bahan:


1 bungkus biskut marie (coklat@biasa)
Setengah buku butter
2 biji telur
1/2 cwn serbuk koko 
1 cwn milo 
1 cwn air
3/4 cwn gula

 
Cara-cara:  


1. Campur koko,milo,air,gula dalam periuk.

2. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut. 

3. Masukkan butter,kacau sampai butter cair.

4. Kecilkan api, masukkan telur, kacau sampai agak2 pekat (api kena kecil kalau tak telur berketul2).

5. Padamkan api.

6. Sediakan loyang, susun biskut marie satu lapis, kemudian tuang adunan tadi. Buat langkah ni berulang kali dalam 4-5 lapis biskut.

7. Sejukkan di suhu bilik, kemudian masuk kan ke dalam peti sejuk.

Siap :)